Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Perpisahan Hanya Gimik 'Breaking Dawn II', Robpattz Maafkan Kristen Stewart

Print E-mail
  
Tuesday, 18 September 2012 09:25

..

Ramai tahu kisah kecurangan Kristen Stewart yang akhirnya membawa kepada perpisahan bersama kekasihnya, Robert Pattinson aka Robpattz. Ternyata perpisahan mereka menyebabkan ramai peminat karya Twilight saga seluruh dunia, sedih. Meskipun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, masih ramai memperkatakan mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, dalam ramai pihak yang melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap Pattinson setelah Stewart dan pengarah yang telah berkahwin, Rupert Sanders mengakui curang dengan pasangan masing-masing.

Ada sesetengah pihak merasakan segala konflik dan kontroversi itu hanyalah gimik promosi filem terakhir Twilight:Breaking Dawn bahagian kedua.

Mereka meramalkan, Pattinson dan Stewart akan kembali menjalinkan hubungan cinta ketika promosi filem berkenaan kelak.

"Pattinson sudah merancang melamar Stewart sebelum ini, mereka saling mencintai. Justeru, tidak mustahil seandainya mereka kembali bercinta.

"Ramai yang merasakan konflik terjadi antara Edward Cullen dan Bella Swan ini hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan filem mereka yang akan ditayangkan November ini," ujar satu sumber.

Salah satu babak dalam filem 'Twilight: Breaking Dawn II'.Salah satu babak dalam filem 'Twilight: Breaking Dawn II'.

Namun sehingga kini, tidak nampak tanda Pattinson dan Stewart sengaja mencipta konflik untuk menarik perhatian ramai. Sebaliknya, segala yang berlaku adalah 'realiti' dan bukan satu lakonan.

Malah, Pattinson masih dilihat terlalu kecewa sehingga pernah menyifatkan dunianya sudah berakhir selepas putus cinta. Ada juga yang melaporkan Pattinson bakal meninggalkan dunia lakonan setelah terlalu kecewa dengan Stewart dan cuba menjalani kehidupan biasa.

“Dia masih terluka dan tidak dapat menerima kecurangan Stewart itu sehingga berhasrat untuk berhenti daripada lakonannya.

“Dia juga tidak risau untuk mengambil keputusan itu kerana harta dimilikinya kini sudah cukup untuk menampung kehidupannya,” kata sumber itu.

Begitu juga Stewart yang dikatakan masih berharap untuk kembali ke sisi Pattinson dengan memakai baju dan topi milik Pattinson di khalayak ramai bagi menarik perhatian Pattinson.

Malah, dia juga pernah mengakui masih mencintai Pattinson dan berharap kekasih yang dikenali sejak tiga tahun lalu akan memaafkannya.

Kembali Bercinta
Bagaimanapun, kisah terbaru menurut laporan tabloid UK The Sun, Robert Pattinson telah memaafkan buah hatinya itu dan mereka dikhabarkan sudah kembali menjalinkan semula cinta mereka. Bahkan Pattison mengajak Stewart ke ladang milik pelakon Reese Witherspoon's di California Ojai, California.

Sekarang, anda gembira?

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.