Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

MySeniman Platform Artis & Masyarakat Buka Perniagaan

Print E-mail
  
Tuesday, 18 September 2012 09:13

Zed Zaidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika di majlis pelancaran MySeniman, semalamZed Zaidi dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika di majlis pelancaran MySeniman, semalam

Sejak dia mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Seniman Malaysia, ada saja aktiviti dan perancangan baru yang di uar-uarkan. Bukan mahu berbangga diri, sebaliknya kata Zed Zaidi, selaku Presiden, dia sedaya upaya akan sentiasa mencari jalan membantu serta membela anak-anak seni yang berdaftar dibawah persatuan, dalam segala hal yang berkaitan dengan industri.


Bantuan dihulur menerusi pelbagai pendekatan demi mahu memartabatkan golongan seniman ini ke level yang lebih tinggi lagi.

Malahan Zed memberitahu, dengan pelbagai aktiviti yang sedang dijalankan, sambil itu banyak dana yang berjaya dikumpulkan oleh persatuan menerusi sumbangan daripada beberapa pihak tertentu sudah pun mencecah hampir RM1 juta.

Semalam, sejajar dengan penjenamaan MySeniman, satu lagi ruang diwujudkan khas buat bukan saja di kalangan artis malah masyaratkat juga turut sama boleh melibatkan diri.

"MySeniman, sebuah program di antara Seniman dan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia (DPPMM) yang bertujuan membantu para artis yang ingin memulakan perniagaan. Program ini juga  terbuka pada orang awam.

Para artis yang mahu berniaga, mereka akan disediakan modal sekiranya perlu untuk memulakan sesuatu perniagaan.

"Kemudian setiap 15 peratus keuntungan yang diperoleh hasil daripada perniagaan itu akan dimasukkan ke dana Seniman.

"Bagi yang kurang ilmu tentang hal perniagaan, MySeniman juga akan menyediakan beberapa kursus atau seminar mengenai pengurusan perniagaan,"

"Orang ramai juga boleh turut serta dengan mendaftar di bawah program ini dan sekaligus akan menjadi ahli bersekutu persatuan itu di bawah Biro Kelab Penyokong Seniman", katanya.

Zed ditemui pada Majlis Mega Raya Seniman dan pelancaran MySeniman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, MySeniman juga akan mengadakan siri jelajah secara besar-besaran bermula di negeri Pahang sebagai tanda promosi program dan produk-produk jualan artis yang terbabit.

Dalam pada itu, tambah Zed, pihaknya juga sedang berusaha untuk mendekatkan persatuan dengan badan-badan kerajaan bagi memudahkan lagi urusan hal berkaitan dengan hak royalti.


- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.