Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Rita Enggan Jumpa Ayu Raudhah

Print E-mail
  
Monday, 17 September 2012 11:38

..

Sebelum ini kami pernah melaporkan yang pelakon Ayu Raudhah bersedia untuk bersemuka dengan Rita Rudaini bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.

Mengulas mengenai kenyataan birasnya, di akhbar Kosmo! hari ini, Rita mengegaskan yang dia tidak mahu berjumpa dengan Ayu kerana tiada apa yang hendak dicakapkan lagi dan berharap harap selepas ini di dan anak-anaknya tidak lagi diganggu.

Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.

Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”

Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.

Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.

Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.

Balas Rita menerusi Twitternya: “Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni.”

Sementara itu, kemelut rumah tangga Rita dan Aidil dijangka semakin hangat apabila tuntutan hak penjagaan anak-anak Rita dan Aidil bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.

 

- mD

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.