Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Foto: Shidi & Vee, Afdlin, Ayu Raudhah Bersanding di Pavillion

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 14 September 2012 01:53

..

Dalam situasi sambutan terhadap filem tempatan yang tidak menentu sekarang ini, maka pihak penerbit filem perlu tampil dengan 1001 cara bagi mempromosikan filem terbitan mereka. Sekaligus, kesungguhan daripada usaha mempromosikan produk-produk tersebut pastinya akan menarik minat penonton.

Terbaru, filem Untuk Tiga Hari arahan pengarah yang tidak asing lagi, Afdlin Shauki punya cara tersendiri untuk memberitahu pada kaki wayang, lapangkan masa anda untuk ke pawagam dan tonton filem yang cukup menghiburkan ini.

Bersempena malam gala tayangan filem tersebut yang diadakan pada Rabu lalu, teraju utama filem ini terdiri daripada pasang pengantin - Afdlin Shauki dengan Vanida Imran aka Vee sementara Rashidi Ishak bersama Ayu Raudhah telah 'melangsungkan' majlis persandingan mereka di Pavillion, Kuala Lumpur.

Sekitar jam 8 malam, dua pasang raja sehari ini diarak dari perkarangan pusat membeli belah terkemuka itu menuju ke GSC di tingkat 4.

Selepas upacara menepung tawar, turut diadakan upacara memotong kek oleh kedua pasangan mempelai.

Kalau anda tatap gambar-gambar hasil rakaman jurufoto CipotRedz ini, anda akan perasaan yang Rashidi dan Vanida sempat lagi dengan telofon masing-masing. Sebetulnya mereka berdua ber-SMS sesama sendiri. Kenapa? Nak tahu, anda kenalah tonton Untuk Tiga Hari bermula 20 September ini!

Ketibaan kedua pasangan mempelaiKetibaan kedua pasangan mempelai

..

..

..

Penerbit Sharad Sharan menepung tawar Vee dan AfdlinPenerbit Sharad Sharan menepung tawar Vee dan Afdlin

..

..

..

..

 

- mD

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.