Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Tiz & Remy Luangkan Masa Bersama di Eropah

Print E-mail
  
Thursday, 13 September 2012 12:29

..

Selain berita ini satu berita yang menggembirakan para peminat pasangan merpati dua sejoli ini. Sekaligus kami kira ia boleh memadamkan spekulasi dan tanya tanda ramai selama ini, sama ada Tiz Zaqyah dan Remy Ishak masih pasangan kekasih atau tidak lagi.

Nah, ini tandanya mereka semakin akrab, lebih-lebih lagi keduanya dikhabarkan  bakal terbang ke Eropah pada Oktober ini selama lebih 20 hari untuk bercuti sambil bekerja.

Memetik kenyataan di portal murai.com, Tiz dan Remy akan menjalani penggambaran drama bersiri, Cinta Jangan Pergi sepanjang berada di sana. Drama 26 episod arahan Khabir Bahtia itu menyaksikan mereka sekali lagi bergandingan sebagai watak kekasih.

Difahamkan Tiz dan Remy bersama kru produksi akan bertolak sekitar 15 atau 18 Oktober ini.

Antara bandar yang mereka akan jejaki untuk menjalani penggambaran ialah London dan Paris. Kesempatan itu digunakan mereka untuk meluangkan masa bersama. Al-maklumlah kalau di sini, masing-masing asyik sibuk dengan kerjaya.

Jelas Tiz Zaqyah, berlainan dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini, watak Lea Soraya memerlukan dia berambut pendek dan merupakan seorang wanita yang teratur dalam menguruskan kehidupannya.

Malah dia amat berbesar hati kerana skrip drama berkenaan yang ditulis sendiri oleh Mira Mustaffa iaitu isteri kepada Kabir Bhatia, diilhamkan khusus buat dirinya.

"Setakat ini kami sudah memulakan beberapa babak penggambaran di sini yang seterusnya akan disambung di Eropah kelak. Kemudian penggambaran akan disambung semula di dalam negara. InsyaAllah," kata duta produk May ini.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.