Fri10312014

LAST_UPDATEFri, 31 Oct 2014 4pm

Backbencher Wants Mandatory Training For Babysitters

Backbencher Wants Mandatory Training For Babysitters

KUALA LUMPUR: A back...

Drop Word 'Islam' From IS, Says Academicians

Drop Word 'Islam' From IS, Says Academicians

KUALA LUMPUR: The wo...

Five-Year-Old Girl Found Strangled By Ropes Of A Swing

Five-Year-Old Girl Found Strangled By Ropes Of A Swing

JEMPOL: In a freak m...

Penang May Freeze New Development Projects

Penang May Freeze New Development Projects

GEORGE TOWN: The Pen...

Wife Of Kidnapped Victim In Kunak Cries For Help

Wife Of Kidnapped Victim In Kunak Cries For Help

KOTA KINABALU: Anger...

Zoo In Chile Lets The Brave Tickle A Lion's Tummy

Zoo In Chile Lets The Brave Tickle A Lion's Tummy

RANCAGUA, Chile : Da...

Online Uproar After HSBC Board Member Likened Hong Kong People To Freed Slaves

Online Uproar After HSBC Board Member Likened Hong Kong People To Freed Slaves

HONG KONG: Thousands...

New Cartoon Fuels US-Israel Tensions, Feeds 9/11 Conspiracy Theories

New Cartoon Fuels US-Israel Tensions, Feeds 9/11 Conspiracy Theories

A new cartoon showin...

Archaeologists Make Incredible Discoveries In Tunnel Sealed 2,000 Years Ago

Archaeologists Make Incredible Discoveries In Tunnel Sealed 2,000 Years Ago

MEXICO: A years-long...

Burka Avenger Joins Pakistan's Fight Against Polio

Burka Avenger Joins Pakistan's Fight Against Polio

Pakistan's first ani...

Redefining Melbourne’s Skyline

Redefining Melbourne’s Skyline

UEM Sunrise Bhd’s Au...

Linkedin Shares Climb On Membership, Sales Growth

Linkedin Shares Climb On Membership, Sales Growth

The career networkin...

Tokyo Disneyland And DisneySea To Get $4.6-Billion Expansion

Tokyo Disneyland And DisneySea To Get $4.6-Billion Expansion

Oriental Land Co., t...

Minor Impact From Gas Price Hike Expected

Minor Impact From Gas Price Hike Expected

PETALING JAYA: The 2...

DBS Reports Q3 Profit Growth As Interest Income Gains

DBS Reports Q3 Profit Growth As Interest Income Gains

SINGAPORE: DBS Group...

Scientists Implicate More Than 100 Genes In Causing Autism

Scientists Implicate More Than 100 Genes In Causing Autism

The hunt to find gen...

[PHOTOS] Most Terrifyingly Realistic Halloween Food. Would You Dare Eat Them?

[PHOTOS] Most Terrifyingly Realistic Halloween Food. Would You Dare Eat Them?

These culinary creat...

(WITH VID) Eye-Opening Video Highlights Harassment Faced By Women, Minority Group

(WITH VID) Eye-Opening Video Highlights Harassment Faced By Women, Minority Group

NEW YORK: A video th...

(WITH VID) Know Your Coffee  - 27 Drinks Made From Coffee

(WITH VID) Know Your Coffee - 27 Drinks Made From Coffee

ARE you a coffee add...

Revisiting 'The Rumble In The Jungle' 40 Years Later

Revisiting 'The Rumble In The Jungle' 40 Years Later

About four months ag...

Filepic: Datuk Seri Abdul Hadi AwangFilepic: Datuk Seri Abdul Hadi AwangBESUT: PAS menegaskan walaupun mereka menggunakan strategi ‘16:16’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, jawatan Menteri Besar Terengganu tetap akan diberikan kepada Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya hanya mahu menjadi sebagai pengimbang dan penyemak untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat mengutamakan kebajikan rakyat.

"(Umno) beri kita 16 kerusi, mereka 16, biar seimbang. Biar dia jadi MB, kita nak 16 kerusi, apa kaedahnya? Kita boleh tegur dia (Umno) ... benda tidak molek kita boleh bangkang, benda betul kita sokong, baru kita ada kekuatan betulkan kerajaan BN," kata Abdul Hadi.

Sekiranya PAS berjaya memenangi PRK Kuala Besut, agihan kerusi akan menjadi 16:16 yang akan menyebabkan ‘DUN tergantung’ sekaligus mewujudkan satu dimensi baru politik negeri yang terletak di pantai timur itu.

Justeru itu, Abdul Hadi meminta supaya pengundi Kuala Besut belajar daripada masyarakat di bandar yang lebih celik internet dimana majoriti pengundinya menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Orang Kuala Besut belajar daripada mereka yang terpelajar...mereka yang celik internet tolak BN, belajar daripada mereka," katanya.

"Di Terengganu, semua kawasan bandar kita menang, Kuala Terengganu, Dungun, semua kita menang...tapi kawasan Kuala Besut, kita kalah...kita tak salahkan orang Kuala Besut, masing-masing sibuk dengan urusan ke laut, tidak sempat buka internet.

"Kita berjaya menerangkan melalui media baru. Orang celik internet tidak sokong Umno," kata beliau dalam ceramah ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di sini, malam tadi.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.

Pada pilihan raya kecil ini PAS menggunakan strategi kempen dengan mengetengahkan sasaran kerusi 16:16 iaitu bagi menyamakan jumlah kerusi BN dan pembangkang di DUN Terengganu.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi di mana 17 daripadanya dikuasai oleh BN manakala pembangkang hanya mempunyai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

 

 

--mD