Sat06252016

LAST_UPDATESat, 25 Jun 2016 9am

PAS Will Not Compromise With Amanah On Seats For GE14

PAS Will Not Compromise With Amanah On Seats For GE14

KOTA BARU: PAS would...

Muslims Forbidden To Pay Tithes Directly To Recipient: Perak Mufti

Muslims Forbidden To Pay Tithes Directly To Recipient: Perak Mufti

PARIT BUNTAR: Muslim...

Certain Parents Refusing Vaccination Due To Inaccurate Information

Certain Parents Refusing Vaccination Due To Inaccurate Information

KUALA LUMPUR: Public...

Govt Considering Special Public Holiday On July 8 - Ali Hamsa

Govt Considering Special Public Holiday On July 8 - Ali Hamsa

PUTRAJAYA: The gover...

Muhyiddin, Mukhriz Sacked From Umno, Shafie Suspended

Muhyiddin, Mukhriz Sacked From Umno, Shafie Suspended

KUALA LUMPUR: The Um...

Shootout In Cyprus Resort Kills Four

Shootout In Cyprus Resort Kills Four

NICOSIA: Four people...

Mexico Announces US$1.68b Budget Cut After Brexit

Mexico Announces US$1.68b Budget Cut After Brexit

MEXICO CITY: Mexico'...

Thailand Jails Seven Activists Over Referendum Campaign

Thailand Jails Seven Activists Over Referendum Campaign

BANGKOK: A Thai cour...

Turkey Warns Of Rising European Xenophobia After Brexit Vote

Turkey Warns Of Rising European Xenophobia After Brexit Vote

ISTANBUL: Europe's p...

Obama: EU And Britain Both 'Indispensable Partners'

Obama: EU And Britain Both 'Indispensable Partners'

SAN FRANCISCO: Presi...

Wall St. Plunges At The Open After Shock Brexit Vote

Wall St. Plunges At The Open After Shock Brexit Vote

U.S. stocks plunged ...

Brexit Vote Adds To Uncertainty Over Global Economy, Impact Won't Be Seen Soon

Brexit Vote Adds To Uncertainty Over Global Economy, Impact Won't Be Seen Soon

LONDON/SYDNEY: The f...

Norway's Wealth Fund Says Has Filed Complaint Against Volkswagen

Norway's Wealth Fund Says Has Filed Complaint Against Volkswagen

Norway's $850-billio...

Mauritius Central Bank Ready To Act On Any Fallout From UK Vote

Mauritius Central Bank Ready To Act On Any Fallout From UK Vote

PORT LOUIS: The cent...

EU Chief Reassures British Staff Over Their Jobs

EU Chief Reassures British Staff Over Their Jobs

European Commission ...

Broccoli Could Soon Be Giving You An Even Bigger Health Boost Suggests New Research

Broccoli Could Soon Be Giving You An Even Bigger Health Boost Suggests New Research

Already known for it...

E-Cigarettes Should Not Be Banned In Public, Medical Experts Warn

E-Cigarettes Should Not Be Banned In Public, Medical Experts Warn

Banning e-cigarett...

LEGO Products Have More Aggressive Themes Since The 1970’s

LEGO Products Have More Aggressive Themes Since The 1970’s

LEGO weapon bricks...

Antibodies Found Which ‘Neutralise’ Zika Virus

Antibodies Found Which ‘Neutralise’ Zika Virus

PARIS: European sc...

Malay Students Overtaking Chinese Students In SJK Enrollment

Malay Students Overtaking Chinese Students In SJK Enrollment

SPAOH: One can eas...

Saerah dibawa masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Jempol. Gambar kecil: Keadaan tangan Saerah yang sudah membengkak akibat gigitan babi hutan, petang kelmarin / Pic: Sinar HarianSaerah dibawa masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Jempol. Gambar kecil: Keadaan tangan Saerah yang sudah membengkak akibat gigitan babi hutan, petang kelmarin / Pic: Sinar HarianJEMPOL, NEGERI SEMBILAN: Penduduk di Kampung Bayai Lama, di sini gempar apabila seekor babi hutan mengamuk menyebabkan seorang warga emas cedera selepas tangan kirinya digigit haiwan itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saerah Hassan, 82, berjalan seorang diri ke rumah jirannya kira-kira jam 4.30 petang sebelum secara tiba-tiba seekor babi betina seberat 70 kilogram meluru ke arahnya dan menggigit serta menyeretnya beberapa meter.

Seorang penduduk, Mastura Jamaludin, 39, berkata, warga emas itu cedera teruk di pergelangan tangan kirinya setelah diserang babi hutan berkenaan, malah bajunya turut terkoyak akibat digigit haiwan tersebut.

"Nenek itu tidak dapat melarikan diri atas faktor usianya dan mujur dia diselamatkan orang kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Tidak lama kemudian pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol datang memberi rawatan susulan ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, semalam," katanya.

Seorang lagi mangsa, Mohd Amin Mohd Joni, 39, berkata, dia terpaksa bertarung menyelamatkan diri hampir 30 minit apabila binatang itu bertindak mengejarnya.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar 10.50 pagi itu, dia baru sahaja pulang dari kebun getahnya kemudian berehat di sebatang pokok kundang sambil menunggu rakannya.

"Saya ternampak seekor babi sedang tidur berhampiran motosikal rakan.

”Tetapi secara tiba-tiba bangun lalu bertindak mahu menyondol menyebabkan saya terpaksa berpusing sekeliling motosikal sebanyak tujuh kali.

"Akibat ketakutan, saya mengambil keputusan memanjat pokok kundang bagi menyelamatkan diri," katanya yang merupakan mangsa pertama sebelum Saerah.

Penduduk, Norsilawati Hussin, 39, berkata, dia bimbang insiden tersebut berulang kembali kerana boleh mencederakan penduduk.

"Saya harap perkara ini dapat diatasi segera. Berikutan insiden ini, saya takut hendak keluar walaupun waktu siang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bayai Lama, Ali Yusup berkata, pihaknya kini giat memburu babi hutan berkenaan.

"JKKK, anggota Rela dan Jabatan Perhilitan turut serta dalam operasi ini.

"Usaha mengesan babi hutan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pemburu babi yang diberi kebenaran untuk tujuan tersebut," katanya.





- Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/cedera-diserang-babi-hutan-1.180731