Stephan Rahman Belajar Jadi Melayu Dengan Album Pertama

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Friday, 02 March 2012 04:20

..

 

'Ratu teater' tanah air, Datin Seri Tiara Jacqeulina adalah orang yang bertanggujawab ‘mengheret’ masuk jejaka kacukan Inggeris-Wales dan Melayu ni lalu diperkenalkan menerusi teater Puteri Gunung Ledang. Diberi peranan sebagai Hang Tuah, platform itu nyata membuka seribu satu pintu buatnya untuk mengembangkan bakat di persada seni tempatan.


Kemudian diterajui pula filem epik Merong Mahawangsa, Stephen Rahman Hugh setidak-tidaknyanya berjaya mengukuh fanbase. Muncul dalam drama muzikal Kitchen Musical, Stephen semakin diminati ramai. Satu yang pasti perbezaan bahasa pertuturan bukan penghalang untuk dia membina nama di sini.

Dikenali dikalangan peminat Melayu, membuatkan dia terpanggil untuk lebih menguasai bahasa ibunda kita. Dalam masa sama lebih kurang lima tahun ini, Stephen punya cara tersendiri untuk menghargai para peminatnya. Dia tampil dengan album sulung. Album yang memperdengarkan dia mendendangkan lagu-lagu bahasa Melayu.

“Ramai peminat bertanya bila saya nak rakam album Melayu. Jadi inilah dia album yang saya sifatkan sebagai hadiah dan tanda terima kasih saya buat mereka yang tidak putus-putus memberi galakkan pada saya sejak awal saya hadir dalam industri”, katanya sewaktu di majlis pelancaran album pertamanya Stephan Rahman Hughes, di Hard Rock Café, semalam.

Album edaran Sony Music Malaysia ni memuatkan 8 lagu, album tersebut mendapat sentuhan komposer hebat seperti Azlan Abu Hassan, Audi Mok dan Kevin Chin. Turut mengabadikan lagu dari dua komposer terkenal Indonesia, Irwan Simanjuntak dan Andre Dinuth. Sementara lirik pula adalah hasil karya Shahrom Rashid dan Tinta.

Mempertaruhkan Bertemu di Syurga sebagai single pertama. Uniknya, melalui album ni, peminat muzik Malaysia akan dapat mengenali Stephen dan persembahan vokalnya yang mantap. Setiap lagu mempunyai kelainan dan gaya unik Stephen tersendiri.

Di samping itu kata Stephen dia berasa cukup bertuah kerana sepanjang proses album ni sikit sebanyak dia dapat mempelajari sisi lain mengenai dirinya. Stephen semakin memahami budaya Melayu dan menyedari yang bahasanya cukup indah. Lantaran dia bangga dengan darah Melayu yang mengalir dalam tubuhnya.

Walaupun begitu Stephen mengakui, sehingga hari ini dia masih dalam proses belajar untuk fasih bercakap bahasa Melayu. Biarpun baginya susah untuk menguasai penggunaan bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi kalau satu-satu perkataan itu mempunyai makna berbeza. Tapi dia seronok mempelajarinya.

“Saya seronok belajar bahasa Melayu. Setiap kali berada di sini ia seperti menjadi mudah untuk saya. Kalau masa saya mula-mula datang dulu, saya bercakap bahasa Melayu baku. Tapi bila selalu berulang alik ke sini, saya mula belajar cakap bahasa melayu moden”,

“Ahli keluarga lain di sini serta rakan-rakan juga banyak mengajar saya cakap bahasa Melayu. Sikit sebanyak saya turut belajar gaya nak bercakap dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam pertuturan harian sekarang.

“Untuk album ini saya buat kajian dan memahami satu persatu makna perkaatan liriknya. Dari situ saya dapat menghayati dan mengekspresikan mood lagu itu”, ujarnya dengan panjang lebar.

Stephen yang menetap di London akan pulang ke sana dan akan kembali semula ke sini pada April depan untuk menyambung semula promosi albumnya ini. Kata Stephen, dia dalam perancangam mahu mengadakan persembahn istimewa untuk peminatnya nanti.



- mD













 

 

 

 

 

 

 

 

 




 

 
Share on Myspace
Share