Elly Mazlein & Azmi Hata Nikah Pertengahan Disember 2012

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 29 February 2012 02:50

..

 

Pelakon-penyanyi Elly Mazlein, 30, mengesahkan dia dan tunangnya, yang merupakan seorang pengarah, Azmi Mohd Hata bakal melangsungkan perkahwinan mereka menjelang pertengahan Disember ini.


Elly dan Azmi yang telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu sebetulnya merancang untuk merealisasikan hari bahagia mereka pada Februari ini. Namun disebabkan kesibukan masing-masing serta kekangan waktu, maka majlis perkahwinan mereka di anjak ke hujung tahun ini.

Namun menurut Elly, dia dan Azmi masih lagi mencari tarikh yang sesuai. Tapi yang pasti majlis mereka nanti akan diadakan sekaligus dalam satu hari iaitu acara akad nikah pada sebelah pagi. Kemudian di teruskan dengan majlis resepsi.

“Mula-mula ingatkan nak buat masa hari jadi saya iaitu pada 17 Disember. Tapi tarikh tu jatuh pada hari bekerja, ia menyukarkan saudara mara, rakan-rakan juga tetamu jemputan terutamanya yang datang dari luar Kuala Lumpur.  Jadi kami rancang untuk pilih tarikh lain yang setakat ni masih difikirkan lagi”, kata Elly Mazlein ketika ditemui di satu sidang media drama Amukan Pocong, di Sri Pentas, semalam.

Sebelum itu, saat pelakon ini melangkah masuk ke Penthouse Sri Pentas, semua mata tertumpu padanya lalu bertalu soalan diaju, apa yang terjadi pada dahinya yang kelihatan kesan luka. Rupanya kesan parut itu disebabkan dia terjatuh ketika melakonkan babak berlari dalam drama Amukan Pocong.

 

..

 

Berbalik pada cerita kahwin, kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bungaku Bakawali ni, acara nikah dijalankan di masjid. Majlis persandingan  kemungkinan akan berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Resort, lokasi yang sama sewaktu majlis pertunangan mereka.

Bercerita lanjut, Elly memberitahu dari setakat ini persiapan sebanyak 50% telah dibuat. Cuma ada beberapa barang hantaran yang belum lengkap. Sementara untuk persalinan di hari itu nanti, Elly berkata, mengikut perancangan dia akan memakai busana rekaan pereka Eila Faizshah dan Linda Rahim.

Ditanya mengenai jumlah wang hantaran, Elly sambil berseloroh menjawab,

“Saya suka angka ‘1’. RM1 juta. Eh, tak lah. Kalau macam 11,110.11, itu pun cantik juga nombornya”.

Seperti wanita lain, Elly juga punya impian tersendiri untuk menciptakan suasana majlis perkahwinannya. Namun tidak bermakna dia mahukan suasana yang terlalu mewah. Secara sederhana itu sudah mencukupi.

“Saya suka suasana taman. Macam masa bertunang aritu, ramai yang cakap bila masuk jer ballroom, terasa macam masuk satu taman yang tenang.  Saya nak suasana macam tu tapi belum tahu lagi konsepnya bagaiamana. Tapi yang pasti, warna yang digunakan nanti adalah warna-warna lembut", katanya sambil meluahkan rasa tidak sabarnya untuk bergelar seorang isteri.

 

-Foto oleh Cipot Redz

-mD

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 
Share on Myspace
Share