Popular di Indonesia, Kamal Adli Akui ‘Pinjam Nama’ Olivia & Mikha

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 22 February 2012 06:50

..

 

Beberapa bulan lepas, industri hiburan tanah air digemparkan dengan cerita pelakon yang sedang meningkat naik namanya ini, Kamal Adli, dikatakan menjalin cinta dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen. Walhal itu hanyalah sekadar propaganda media hiburan di sana sebagai promosi untuk filem lakonan mereka, Gerimis Mengundang. Namun belum pun habis cerita keintiman Kamal dan Olivia, terbaru hero drama Bionic ni di ‘kenen-kenen’ kan pula dengan seorang lagi aktres Indonesia, Mikha Tambayong.

 

 

Ironinya impak gosip yang menular di tanah seberang, nama Kamal kini semakin meniti dibibir peminat hiburan di sana. Malah khabarnya Kamal sudah mendapat beberapa tawaran berlakon di sana.

Pun begitu, jejaka berusia 25 tahun ni bersikap merendah diri dengan menyatakan populariti yang diraih di sana secara tak langsung juga disebabkan tempias populariti dua bintang remaja tersebut. 

 

Olivia JensenOlivia Jensen



“Mereka gosipkan saya dengan Olivia tu sekadar nak panaskan lagi cerita filem Gerimis Mengundang. Bagi saya ada kesan positif dan negatif daripada gosip-gosip tu, atleast peminat di sana perasaan dengan kehadiran saya. Kalau soal popular, saya rasa saya ‘pinjam’ nama Olivia dan nama Mikha”, kata Kamal Adli ketika ditemui ketika di majlis sidang media Teater Gerimis Mengundang, bertempat di Istana Budaya, semalam.

Menurut Kamal juga, kekerapan berulang alik ke Jakarta-Kuala Lumpur sewaktu mempromosikan filem arahan Ahmad Idham itu, beberapa bulan lalu turut memberi kesempatan dia mengenali beberapa produser terkenal di sana. Memang mereka ada menawarkannya untuk berlakon di sana. Cuma buat masa ni dia belum betul-betul bersedia.

“Terus-terang saya cakap, kalau nak cepat kaya berlakon lah kat sana. Memang saya nak kaya tapi buat masa ini saya belum bersedia untuk membina karier di sana. Sebab, kalau nak fokus pada market kat sana,banyak yang perlu saya korbankan. Saya rasa ada banyak lagi yang belum saya explore kat sini.  

“Lagipun, kalau berlakon di sana saya di minta untuk bercakap sepenuhnya dalam bahasa Indonesia. Nak belajar cakap bahasa Indon tu pun, saya takder masa.  Jadi  biarlah saya kukuhkan karier saya di tempat sendiri dulu”, katanya yang turut menyatakan tidak tahan dengan senario harian di Kota Jakarta terutamanya dengan keadaan kesesakan lalu lintas yang jauh lagi teruk berbanding kota Kuala Lumpur.


Menyanyi, Menari & Bercinta Dengan Mikha
Kalau di dalam filem Gerimis Mengundang Kamal berpasangan dengan Olivia. Sementara teaternya pula sepertimana di uarkan-uar dia akan beraksi romantis dengan bintang sinetron Nada Cinta iaitu Mikha Tambayong. 

Bercerita tentang wataknya, karakter Zamani sebagai pelajar jurusan juruterbang, seorang yang ceria dan dengan sifat agak 'poyo'. Dia bertemu dengan Mikha dan mereka jatuh cinta. Berbeza dengan Zamani (di filem) karakternya lebih matang. 

 

..

 

Bukan pertama kali berlakon teater, sementelah pengalaman menjayakan teater muzikal Impak Maksima tiga tahun lalu, dari segi lakonan ‘secara live’, dia tidak mempunyai masalah. Meskipun pertama kali digandingkan dengan Mikha, dia percaya keserasian antara mereka boleh terjalin walaupun menjalani latihan dalam masa yang singkat.

Sebaliknya apa merisaukan kekasih kepada pelakon, Intan Ladyana, ni adalah apabila dia perlu menyanyi dan menari. Walaupun persembahan nyanyian dalam teater Impak Maksima di Esplanade, Singapura lalu mendapat standing ovation, kata Kamal, tekanan mula terasa apabila pementasan kali ini menuntutnya banyak menyanyi.

“Dalam teater ni, saya kena menyanyi banyak lagu. Saya takut terkucil jer. Nak-nak saya kena nyanyi lagu orang (lagu cover Gerimis Mengundang). Apapun saya ambil peluang ni untuk cabar diri saya. Dan mujur juga lah Cat Farish ada untuk memantau vokal saya sepanjang latihan ni”, katanya.

Dalam perkembangan lain, tidak hanya di pentas teater, untuk projek akan datang Kamal dan Mikha bakal menerajui drama 13 episod berjudul Mila Got Mail.

 

- Foto-foto oleh Cipotredz

-mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

- mD

 

 

 
Share on Myspace
Share