Hujan, Altimet, Aizat, Najwa Latiff Hangatkan Konsert MSMW! |
|
|
| Saturday, 11 February 2012 01:28 | |||
|
Pada Isnin, tanggal 13 Februari ini akan bermulanya hari yang pasti akan mencipta sejarah tersendiri, iaitu Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW)akan membuka tirainya bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Oh yer, kepada yang masih lagi kabur, apa itu MSMW? Sebuah acara yang merapatkan menghubungkan orang ramai dengan sosial media.
Seramai tujuh artis hebat lagi berbakat tanah air akan menjayakan konsert ini. Menampilkan Altimet, Hujan, Aizat, Dennis Lau & Shawn Lee, Rabbit Mac, Najwa Latif dan Amir Jahari, yang akan menghiburkan para penonton, pada malam itu nanti. Konsert tersebut diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 8 malam, secara percuma!
Maklumat lanjut mengenai MSMW, boleh layari http://www.socialmediaweek.com.my/activities.html
- mD
|



























