Teman Karib Bakal Suami Ana Raffali, Nikah 25 Februari Ini

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 01 February 2012 09:53

Foto dipetik dari mStar onlineFoto dipetik dari mStar online

 

Akhirnya terjawab sudah teka teki mengenai tarikh perkahwinan Ana Raffali. Ikatan persahabatan yang terjalin selama enam tahun bersama Ahmad Aznaim Abdullah (Naim, 30), akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Peyannyi berusia 26 tahun itu mengesahkan sendiri, akan bernikah dengan teman karibnya itu, pada 25 Februari depan.


Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, akan bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Bermula dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.

Penyanyi Tolong Ingatkan Aku ini juga turut memberitahu keluarga Naim telah merisik pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh bahagia mereka.

"Ikut perancangan awal kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, semalam.

Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.

Selain, Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, seramai 1,000 orang tetamu akan hadir.

- mD

 

 

 
Share on Myspace
Share