|
.
Sebut nama Harith Iskandar, Osbon, Boboi, Jozan dan Nabil. Inilah dia, barisan manusia yang mampu buat kita gelak-tawa berdekah-dekah. Dalam erti kata lain, sampai tahap pecah perut kita di buatnya. Setuju...?!
Selama ini kalian sekadar menyaksikan mereka di kaca TV, di pentas program realiti dan juga di laman Youtube. Buat pertama kali mereka di satukan di pentas berprestij, Istana Budaya.
Mengambil istilah yang 'in' di kalangan muda-mudi masa kini menerusi perkataan "der" yang membawa definisi "brader". Lantas Lawak Ke, Der? dicetuskan bagi mengisi segmen (Bila Hati Digeletek) bahagian pertama. Ia merupakan sebuah persembahan 'stand-up comedy' dalam Bahasa Melayu pertama dalam sejarah pementasan di Istana Budaya.
Di arahkan pelakon-pengarah-penerbit popular, Hans Isaac. Manakala menampilkan Nabil (juara Raja Lawak 2) sebagai pengacara. Menariknya, para penonton disajikan dengan 'rasa' komedi yang pelbagai dalam masa selama 2 jam, dengan aksi barisan pelawak ni.
Anda mahukan persembahan lawak 90-an juga kisah-kisah realiti masyarakat, di tampilkan aksi-aksi lucu selamber oleh juara MaharajaLawak Mega Osbon (Os dan Abon).
.
Ada juga gandingan mantap dua sahabat berbakat besar, Boboi (Afdlin dan Harun Salim Bachik) yang akan menghilangkan stress juga serabut kepala otak anda dengan gelagat-gelagat mereka. Dengan cerita-cerita semasa-sensasi terbaru mereka. Kata Afdlin, kemungkinan Datin Maimon dan Gegirl juga akan muncul sebagai penampilan istimewa. Nantikan!
.
Jozan (Johan dan Zizan). Baik secara solo mahupun tampil duo, aksi mereka tidak pernah gagal buat orang gelak terbahak-bahak, kan. Mahukan Dr. Fadzilah Come to Me, Eric Leong, Chef Wan, Mail Lambung serta showmanship terbaru cambest mereka! Selama setengah jam mereka akan menghiburkan anda. Pasti terhibur, gerenti!
Digelar sebagai 'The King of Malaysian Comedy', persembahan siapa lagi kalau bukan Harith Iskander sememangnya persembahan 'wajib tonton'. Inilah masanya nak saksikan Harith berjenaka dalam Bahasa Melayu!
.
Jadi, pastikan hujung minggu sepanjang bulan Februari anda tidak akan sia-sia begitu saja. Ayuh ramai-ramai kita serbu Istana Budaya, menyaksikan persembahan Lawak Ke, Der? secara live ini.
Bertempat di Lambang Sari, pada 3 dan 10 Februari persembahan oleh BOBOI, OSBON, HARITH ISKANDER dan NABIL.
Kemudian bersambung pula pada 4,5, 11 dan 12 Februari, persembahan BOBOI JOZAN, HARITH ISKANDER dan NABIL.
Di bawakan oleh Istana Budaya dengan kerjasama NRG Enterprise Sdn Bhd, tiket-tiket Lawak Ke, Der? berharga mulai RM53, RM73, RM173, RM203, RM353. Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz @ hubungi 03-4147 8600.
- foto-foto oleh cipotredz
- mD
|