Kelmarin penyanyi dari seberang, Syahrini membuat kenyataan terbuka memberitahu yang dia kini memang sedang hangat bercinta dengan dengan seorang jejaka Malaysia dari kerabat Selangor, Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali dengan nama manjanya, Bubu.
Kemelut yang melanda rumah tangga pasangan suami isteri- bintang bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar nampaknya masih belum menemui jalan penyelasaian.
“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa...?! Memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian. Saya nak tanya sekarang, siapa yang lari dari pada rumah? Dia bermimpi ker apa? Dia waras ker tidak?", ujar Rita Rudaini dengan nada bengang tatkala diminta mengulas mengenai keputusan suaminya itu yang menarik semula permohonan penceraian ketika berlangsungnya prosiding sebutan kali kedua, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang semalam.
Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.
Pro dan kontra masih mewarnai berita tentang Lady GaGa di Indonesia. Dan apa yang menjadi lebih kontroversi apabila telah dilaporkan ada bantahan dari beberapa ulama seperti Front Pembela Islam (FPI) dan juga Majlis Ulama Idonesia (MUI) juga tokoh adat tanah seberang itu.
Umum sudah sedia maklum pelakon wanita, Tiz Zaqyah mempunyai bakat yang pelbagai apabila dia memperlihatkan bakatnya satu-persatu secara tersendiri. Memulakan langkah seninya dengan menjadi pelakon, Tiz Zaqyah seterusnya mampu mempamerkan bakat melukis kepada para peminat.
Pada mulanya, dia hanya berkongsi kelebihan dirinya kepada peminat-peminat di laman sosial Facebooknya dan ternyata Tiz Zaqyah menerima pujian yang menggunung. Seterusnya, Tiz Zaqyah membongkar pula bakatnya dalam bidang nyanyian apabila memuat naik video nyanyiannya ke laman Facebooknya juga secara suka-suka.
Terbaru, Tiz Zaqyah telah mendendangkan sebuah lagu nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica bertajuk Rindu. Pada pengamatan penulis, Tiz Zaqyah mempunyai suara yang sedap dan seakan-akan sama seperti penyanyi asal lagu Rindu itu.
Barangkali berita ini ada yang suka, ada yang tak suka. Apapun, minta perhatian para pencinta muzik Kpop, berita ini berkemungkinan besar bakal buat kalian spontan melompat keriangan tanpa memperdulikan orang sekeliling. Sebabnya, konfem! Block B jadi datang.
Baru-baru ini, pelbagai saluran media menyebut tentang kes samun seorang lelaki juga bergelar adik penyanyi terkenal dan laporan Buletin Utama mendedahkan penyanyi tersebut sebagai Alyah.
Selama ini dia lebih dikenali sebagai adik ipar kepada rocker terunggul Malaysia, Amy Search. Malah turut digelar 'rocker chic' setelah membawakan banyak lagu berunsur rock kala menyertai program Mentor musim kedua.