|
|
|
Monday, 13 August 2012 09:09 |
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berlepas ke Mekah hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Pesawat yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 malam.
Sidang Kemuncak Luar Biasa sesi keempat itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara-negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembali dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia dan memerangi unsur-unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan. Perdana menteri dijangka menyampaikan kenyataan berkenaan pendirian Malaysia terhadap isu-isu yang bakal dibangkitkan pada sidang tersebut. Perdana menteri dijadual pulang ke ibu negara pada Khamis. - Bernama
|