MCPF Cadang Syarikat Yang Ambil Bekas Penagih/Banduan Diberi Insentif |
| Sunday, 05 August 2012 17:33 | |||
|
KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hari ini mencadangkan agar insentif diberi kepada syarikat-syarikat swasta yang mengambil bekerja bekas banduan dan bekas penagih dadah. Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau akan meminta supaya cadangan itu dimasukkan dalam belanjawan 2013 yang akan dibentangkan nanti.Lee berkata, "(Pada masa ini) kebanyakan syarikat swasta tidak berminat membuka peluang pekerjaan kepada mereka tetapi lebih suka mengambil pekerja asing," katanya.
|












