Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Debat Chua-Lim Secara Langsung di Internet

  
Friday, 06 July 2012 17:01

lim_guan_eng_vs_chua_soi_lek3KUALA LUMPUR:  Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA.

MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui internet boleh mengakses laman web berkenaan www.mca.org.my dan www.ustream.tv/channel/mca-tv1.

Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2:30pm hingga 4:30pm.

Tajuk debat itu ialah "DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?". (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara).


- Bernama

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.