Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

PBS Peruntukkan RM8 Juta Untuk Usahawan Francais di Utara

  
Saturday, 23 June 2012 00:27

mohd_fuad_halim1PERAI: Para usahawan yang ada dalam negara ini disarankan supaya segera merebut peluang peruntukkan yang telah disediakan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PBS), kerana ia masih lagi mempunyai ruang bagi mengagihkan dana sebanyak RM8 juta.

Dari jumlah tersebut hanya RM3.5 juta telah berjaya diagihkan kepada usahawan yang berminat bagi mengembangkan perniagaan francais mereka sehingga ini.

Ketua Pejabat Koridor Utara PNS, Mohd Fuad Halim (gambar), berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau kepada para peserta Simposium Usahawan Muda Malaysia 2012 (MAJES 2012) yang telah diadakan di Bandar Perai Jaya, Perai, Seberang Perai Tengah petang tadi.

Menurut beliau lagi, kerajaan senantiasa menyediakan dana bagi membantu dan menyokong usahawan francais dan francaisor bagi mengembangkan perniagaan mereka.

"Sebagai sebuah kerajaan yang bertangungjawab, sudah pasti dana yang disediakan adalah bagi membantu semua golongan masyarakat termasuk bukan Bumiputera mendapatkan dana yang telah disediakan.

"PNS sebagai agensi bertanggungjawab dalam mengagihkan peruntukkan yang disediakan, senantiasa memberi dokongan kepada usahawan menambahkan modal dan juga menambah rangkaian kedai sedia ada, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, antara syarikat besar yang masih lagi membuka peluang kepada francaisi dalam negara setakat ini ialah McDonalds.

PNS sanggup memberi bantuan dana kepada mana-mana usahawan yang bukan saja berminat dalam bidang makanan segera seperti Mc Donalds, tetapi juga bidang francais yang masih banyak dibuka ruangnya dalam negara ini.

Selain itu katanya, skim pembiayaan kecil francais menawarkan pembiayaan semaksimum RM50,000 bagi memudahkan usahawan menceburi bidang perniagaan secara mikro dan kurang berisiko.

Tambahnya lagi, MAJES 2012 bukan saja memberi peluang mendedahkan bentuk bantuan dan sokongan yang mampu diberikan kepada usahawan, sebaliknya dapat memberikan kaedah yang diperlukan sebagai penyediaan kepada usahawan sebelum mendapatkan dana yang diperlukan.

"Bukan dana saja yang disediakan oleh PNS, khidmat nasihat dan bentuk pemasaran yang sepatutnya dilaksanakan turut diberikan bagi meningkatkan pulangan kepada mereka yang berminat dalam bidang usahawan, " jelasnya lagi.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MAJES, Dr Azlina Ahmad dan Pengerusi Bersamanya R M Ravichandar Ratnam.


Malaysian Digest adalah media rasmi MAJES 2012.


- mD





 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.