Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Ura-Ura Nurul Izzah Ke Nibong Tebal

Friday, 08 June 2012 15:06

Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu.
 

Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil majoritinya diperjuangkan oleh Menteri-Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.
 
Nurul Izzah dianggap gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak banyak bukti beliau membawa sebarang pembangunan di situ.
 
Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya.
 
Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Dato Seri Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.
 
Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.
 
Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ.
 
Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas.







 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.