Maka berbakul-bakullah penganjur Himpunan Sejuta Belia dikutuk oleh pelbagai pihak kerana membawa artis K-Pop seksi menyanyi dan menari dalam salah satu program pada hari tersebut.
Mendengar komen dan kutukan yang dilemparkan, kita akan rasa seolah-olah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu ‘suci’ sifatnya.
Tak mungkin mereka akan buat benda-benda begitu.
Tetapi setelah melihat video klip ini, tertanya-tanya juga…adakah mereka pun sama dua kali lima?
Tak mengapalah, mungkin lepas ini ada 1,001 macam penjelasan dan penafian daripada pihak terbabit.
Sebab itu, memberi teguran tak salah, tapi janganlah sampai mencaci, mencerca dan sebagainya.
Bukan apa, takut apa yang dicaci dan dicerca itu PATAH BALIK dan terkena pula batang hidung sendiri.