Najib: Pilihan Rakyat Yang Penting

LONDON – Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin petang, dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman dengan beliau selepas perdana menteri berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Read more...

Protes Bersih: Senaman Gelek Punggung Depan Rumah Ambiga

Kalau begini halnya suasana di depan rumah bos Bersih,Datuk S Ambiga di Jalan Setia Kasih,Bukit Damansara bakal meriah dari masa ke semasa. Khamis lalu peniaga yang diketuai IKHLAS,sebuah NGO pacak gerai burger di situ sebagai tanda protes mata pencarian mereka terjejas akibat demo Bersih yang cetus kekacauan pada 28 April lalu. Pagi Selasa lagi sempoi.Seramai 15 veteran bekas tentera telah membuat senaman ‘gelek punggung’ selama kira-kira 20 minit di atas jalan depan rumahnya.

Read more...

Sultan Johor: Jangan Minta Pampasan Melampau & Terpengaruh Tolak Pembangunan

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar rakyat Johor memberikan sokongan kepada program pembangunan dan plan transformasi ekonomi yang dibawa oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Beliau bertitah semasa pelancaran Projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman, Penggerang, Kota Tinggi, Johor.

Read more...

Najib Ajak Perantau Berbakti

Najib berucap di majlis pelancaran FBNUK di London, semalam dalam rangka lawatan kerja dua hari ke UKLONDON: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara walaupun berada jauh dari tanah air.

Perdana Menteri berkata, sumbangan itu boleh dibuat sama ada pulang ke Malaysia atau berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan institusi kebangsaan dari pangkalan mereka di Britain.

“Malaysia masih mempunyai ruang untuk rakyat kita yang menetap di luar negara, tidak kira siapa mereka dan walau apa cara sekali pun mereka mahu menyumbang. Setiap orang ada peranan masing-masing, setiap orang ada peranan untuk melakukan perubahan dan setiap orang boleh maju serta makmur.

Read more...

Rakyat Malaysia Diculik di Selatan Filipina Diselamatkan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Mohd Nazarrudin Saidin, 39, yang diculik di Selatan Filipina setahun lalu berjaya diselamatkan dan dilaporkan dalam perjalanan pulang ke tanah air. 

Nazarrudin, seorang penganggur dari Sungai Buluh, diculik oleh 10 lelaki bersenjata yang menyerbu rumah sewanya di Indanan, Jolo pada 8 Mei lalu, ketika dalam proses melakukan urus niaga membeli tokek, sejenis cicak yang ditawarkan dengan harga tinggi di pasaran gelap.

Read more...

Azmin ‘Buat Bodoh’, Masih Enggan Menemui Ibunya Yang Sedang Uzur

KUALA LUMPUR: Genap dua minggu Che Tom Yahaya meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya dengan perlakuan anak kesayangannya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, namun ia masih tidak mampu mengubah apa-apa.

Read more...

N Gobalakrishnan: Anwar Tak Layak Jadi PM

N.Gobalakrishnan merupakan satu nama yang tidak asing dalam arena politik negara dan begitu sinonim dalam percaturan politik pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak ditubuhkan pada 1999. Beliau merupakan antara pemimpin kanan parti tersebut yang telah berjuang habis – habisan untuk kebangkitan, kemaraan dan kemenangan parti tersebut ketika waktu susah dan senang sehingga PKR berjaya mengegarkan arena politik negara pada pilihanraya umum ke 12 (2008).

Read more...

Laporan Polis Mengenai Drama Bagaimana Hendak Menjadi Murtad

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) membuat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul "Ahmad's Dream", sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu.

Read more...

Video Penderaan Bayi: "Saya Tak Subahat"


KUALA LUMPUR, 10 MEI, 2012:
 “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”

Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Read more...

Ekspatriat Singapura Dakwa Diserang Pengawal Peribadi Kerabat Johor

KUALA LUMPUR, 9 Mei  2012: Empat ekspatriat Singapura mendakwa mereka telah diserang pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika bercuti di salah sebuah pulau di Johor. The Straits Times hari ini melaporkan keempat-empat lelaki tersebut “diserang dengan kejam” tidak berapa lama apabila mereka menjejakkan kaki ke pulau Resort Alang Rawa, di Pulau Rawa, serangan kedua selepas tujuh tahun di pulau tersebut yang dikaitkan dengan kerabat diraja.

Pulau Rawa, salah sebuah pulau di Johor dimana dilaporkan kejadian berlaku. — Foto malaysia-islands.com

Share