Mon07232018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Nadia Brian Bergelut Dengan Ular Sawa Seberat 12KG

Aktres cantik Nadia Brian menerusi akaun Instagramnya, berkongsi sedutan video rakaman antara babak yang perlu dilakukan dalam Filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 27, berkata, berlakon dengan binatang seberat 12 kilogram itu merupakan perkara paling mencabar buatnya.

"Throwback kejap time shooting filem epic RatuKalajengking. One of the toughest scenes for me.

"Tapi, this experience sangat lah awesome! Can’t wait to watch full film RatuKalajengking soon. By the way, this sexy ular sawa nama dia Jamilah, weight 12kg tau," ujarnya.

Selain Nadia, filem arahan pengarah Bade Azmi ini turut dijayakan 36 orang pelakon antaranya Mas Khan, Amar Ashraf, Fizz Fairuz, Firman, Eyra Hazali, Raja Azmi dan Fauziah Nawi.

Ia dijangka akan berada di pawagam pada awal tahun hadapan.

-Sinar Harian