Mon07232018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Polis Temukan Tempat Tinggal Mangsa Kerat Enam

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menemukan lokasi dipercayai tempat tinggal mayat wanita yang dikerat enam dan ditemukan dalam dua beg pakaian di tepi Jambatan Jalan Ipoh di Sungai Gombak, di sini pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lokasi terbabit ditemukan pada 9 Julai lalu.

"Kita telah mendapat butiran diri mangsa dan siasatan serta pengesahan sedang giat dijalankan.

"Beberapa barang kes juga telah diambil dari tempat kejadian yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mazlan, beliau menggesa orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berhubung kes itu kepadaKetua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, Deputi Superintenden Gunalan Muniandy di talian 019-3114418 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Faizal Abdullah (012-4834439).

- UTUSAN ONLINE.