Mon07162018

LAST_UPDATESun, 15 Jul 2018 9pm

PAS Buka Pintu Ketika PPBM Dan PKR Tolak Ismail Kassim

KANGAR: Pas negeri ini sentiasa terbuka dan sedia menerima Datuk Ismail Kassim sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu berhasrat menyertai parti tersebut selepas hasratnya untuk bersama PPBM dan PKR ditolak sebelum ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya tidak pernah berdendam dengan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau itu, malah menerima dengan hati terbuka jika Ismail berminat untuk berada dalam perjuangan Islam bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, keputusan akhir mengenainya akan diputuskan oleh Pas Pusat sama ada menerima atau sebaliknya jika Ismail berhasrat menyertai parti itu selepas ini.

“Kita tidak kisah jika ada mana-mana individu ingin menyertai Pas malah kita sedia menerimanya termasuk Ismail sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum itu.

Ismail yang juga adik kepada Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

- UTUSAN ONLINE