Mon07162018

LAST_UPDATESun, 15 Jul 2018 9pm

Empat IPP Akan Dibatalkan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membatalkan kontrak sebanyak empat syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dalam masa terdekat ini.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, keputusan pembatalan itu diambil kerana ia tidak memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat.

“Maklumat lanjut dan nama IPP ini akan diumumkan pada minggu hadapan selepas mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Kabinet.

“Kesemua IPP yang dibatalkan ini merupakan IPP baharu dan telah mendapat kontrak secara rundingan terus oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi town hall pihak industri bersama Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pembatalan tersebut juga tidak melibatkan implikasi kewangan, perundangan dan teknikal kepada kerajaan.

- UTUSAN ONLINE