Sun07222018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 9pm

Mazli Dilantik Setiausaha Polis Malaysia Yang Baharu

SAC Mazli MazlanSAC Mazli Mazlan

KUALA LUMPUR – Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), SAC Mazli Mazlan hari ini dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) yang baharu.

Mazli menggantikan DCP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf yang bertukar sebagai Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam satu kenyataan, mengucapkan selamat datang kepada Mazli dan menzahirkan penghargaan kepada Ramli atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai SUPM.

“Saya menyeru kepada warga PDRM agar terus mengekalkan semangat kerjasama dan kesepakatan yang kita amalkan selama ini demi kepentingan pasukan yang kita cintai,” katanya.

Majlis serah tugas Mazli dan Ramli disaksikan oleh Mohamad Fuzi dalam satu majlis di Bukit Aman hari ini.

-- BERNAMA