Thu07192018

LAST_UPDATEWed, 18 Jul 2018 11pm

Bantuan Kepada Pertubuhan Kebajikan Diteruskan - Azlan

Datuk Seri Azlan Man.Datuk Seri Azlan Man.

KANGAR -- Kerajaan Perlis akan meneruskan bantuan kepada pertubuhan kebajikan berdaftar di negeri ini, walaupun kini sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun Perlis negeri pembangkang, peruntukan untuk pertubuhan-pertubuhan itu sedia ada dalam bajet, namun jumlahnya bergantung kepada pendapatan kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-27 Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan geran kepada 29 pertubuhan kebajikan di negeri ini yang berjumlah lebih RM80,000.

Selain itu, beliau turut menyampaikan geran pentadbiran kepada dua Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Jejawi dan Alor Sena, masing-masing menerima RM20,800 (geran pengoperasian) dan RM80,000 (geran penubuhan).

-- BERNAMA