Sat07212018

LAST_UPDATESat, 21 Jul 2018 4pm

Individu Dinamik Perlu Terajui FAM - Velappan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mestilah diterajui oleh individu dinamik yang mempunyai pengetahuan dan kepimpinan meluas dalam pentadbiran bola sepak untuk memastikan agenda pembangunan sukan itu dapat ditingkatkan ke tahap lebih baik pada masa depan.

Bekas timbalan setiausaha agung FAM Datuk Peter Velappan percaya dua calon Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Tan Sri Annuar Musa, tidak mempunyai kepimpinan yang baik untuk memimpin persatuan kebangsaan itu.

"Bukannya saya kata mereka  tidak layak tetapi seperti yang anda ketahui, menjadi Presiden FAM adalah suatu pekerjaan  sepenuh masa dan dia perlu mendedikasikan dirinya untuk bola sepak. Saya juga tidak  suka keluarga diraja terlibat dalam pentadbiran bola sepak.

"Kita perlukan pemimpin yang lebih baik bagi meningkatkan lagi standard bola sepak kita," kata Velappan kepada wartawan hari ini ketika diminta mengulas mengenai perebutan jawatan Presiden FAM antara Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAM dan Annuar yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM pada 25 Mac lepas.

Baginda kemudian mencadangkan Hamidin yang dilihat sebagai individu paling layak untuk menerajui FAM.

-- BERNAMA