Thu07192018

LAST_UPDATEWed, 18 Jul 2018 11pm

MB Johor Jumpa PM Bincang Isu HSR, Pulau Batu Puteh

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minggu depan bagi membincangkan isu projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Pulau Batu Puteh.

Osman berkata, kerajaan negeri berharap pertemuan itu dapat memberikan penerangan yang jelas berhubung kedua-dua isu yang rapat dengan kerajaan dan rakyat negeri ini.

“Saya akan menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung kedua-dua isu ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Tahunan ke-20 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Johor di sini sebentar tadi.

- UTUSAN ONLINE