Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Kepantasan Mexico Mampu Jerat Jerman

MEXICO CITY: Bekas penjaga gol Mexico, Oswaldo Sanchez percaya kepantasan yang dimiliki pasukan negaranya itu mampu memberi masalah kepada Jerman menjelang aksi pertama mereka, Ahad ini.

Anak buah Juan Carlos Osorio berdepan laluan sukar di Russia apabila turut diundi menentang penyandang juara itu yang memenangi semua 10 aksi peringkat kelayakan.

Sanchez yang meraih 99 penampilan bersama Mexico menjelaskan pasukannya tahu mengenai cabaran yang perlu ditempuh sekali gus yakin mereka mampu memberi tentangan sengit kepada juara dunia itu.

"Tidak dapat dinafikan Jerman adalah lebih besar dan pemainnya lebih tinggi berbanding pemain Mexico.

"Namun ini adalah bola sepak dan bukannya bola keranjang jadi mereka boleh memberi cabaran dengan bergerak pantas dan melakukan hantaran dengan tepat.

"Fokus kepada kepantasan. Kepantasan mampu 'membunuh' kekuatan dan ketinggian jadi Mexico perlu menggunakan kelebihan itu ke atas Jerman," katanya.

- Agensi