Mon06252018

LAST_UPDATESun, 24 Jun 2018 9pm

Lapangan Terbang Labuan Cecah 24, 500 Penumpang Minggu Ini

LABUAN  -- Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Labuan dijangka melonjak sebanyak 36 peratus sehinngga  mencecah 24,500 orang  minggu ini.

Pengurus Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Labuan , Ahmad Fikri Samsudin berkata, peningkatan  itu didorong oleh empat penerbangan tambahan yang diluluskan iaitu Kuala Lumpur - Labuan - Kuala Lumpur untuk musim cuti sekolah dan sambutan Hari Raya.

"Pergerakan penumpang ketika musim biasa cuma 15,800  orang kami menjangkakan   peningkatan  besar dalam pengendalian penumpang minggu ini sehingga minggu terakhir cuti  sekolah," katanya kepada Bernama hari ini.

Pengangkutan udara adalah perhubungan  utama pulau bebas cukai ini  ke Semenanjung dan Miri, Sarawak, manakala pengangkutan laut  iaitu feri (ro-ro dan feri ekspress) kekal sebagai perhubungan alternatif penting ke tanah besar Sabah.

Fikri berkata pertumbuhan bilangan penumpang udara melalui Lapangan Terbang Labuan juga  didorong oleh sektor minyak dan gas pulau dan aktiviti kewangan yang dinamik

.Kami akan menjalankan peranan untuk memastikan perkhidmatan yang setaraf kerana ia penting bagi  menarik lebih ramai pelancong domestik dan asing untuk melawat pulau tersebut dan diharapkan kami mempunyai pengunjung berulang, "katanya.

Beliau berkata perkhidmatan penerbangan akan datang oleh Malindo Air juga akan membantu meningkatkan bilangan  penerbangan ke Labuan dan sebaliknya.

-- BERNAMA