Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Jadi, Dakwaan Malaysia Nak Bankrap Adalah Pembohongan Mahathir Selama Ini?

Nampaknya, kadar hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion sepertimana disebut oleh Pakatan Harapan tidak akan menjadikan Malaysia bankrap kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ianya berbeza dengan kedudukan hutang RM681 bilion dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dikatakan pasti akan memufliskan negara.

"Saya tidak rasa dibawah kerajaan ini, negara akan jatuh bankrap," ujarnya mengakui terdapat banyak agensi kerajaan mempunyai simpanan besar - ditinggalkan oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Memperbetulkan 'angka' disebut oleh Perdana Menteri kali kedua itu, penganalisis politik Lim Sian See berkata hutang negara ditingalkan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah RM681 bilion, bukannya RM1 trilion.

Jelasnya, benar RM681 bilion adalah RM380 bilion lebih tinggi daripada kadar hutang negara sebanyak RM300 bilion sewaktu Najib mula memerintah pada 2008, namun aset negara turut meningkat mendadak seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

"Tetapi apa yang Tun M lupa untuk beritahu anda adalah kekayaan atau aset Khazanah, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas sahaja meingkat kepada RM400 bilion antara 2008 hingga penghujung 2017 - lebih tinggi berbanding kenaikan hutang kerajaan," ujarnya menjelaskan aset tersebut boleh dilupuskan bagi tujuan menyelamatkan ekonomi negara jika kerajaan mahu.

Ujarnya sehingga hujung tahun 2017, rizab BNM tidak termasuk rizab mata wang meningkat sehingga RM136.8 bilion; aset Khazanah berjumah RM136.8 bilion; sementara Petronas memiliki aset RM432 bilion termasuk pegangan tunai sebanyak RM164.7 bilion.

Tambahan daripada aset RM280 bilion Permodalan Nasional Berhad (PNB), LSS berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mencatatkan aset sehingga RM815 bilion daripada RM340 bilion sebelum pemerintahan Najib, menjadikan aset kedua-dua GLC itu sebanyak RM1,095 bilion (RM1.095 trilion).

"Secara dasarnya, Tun M hari ini mengakui Malaysia tidak pernah berdepan dengan bahaya menjadi bankrap dan ianya hanya pembohongan sebelum PRU14, yang akan menjadi alasan terbaik agar mereka tidak melunaskan janji tidak realistik manifesto PRU14 mereka.

"Walaubagaimanapun, marilah kita berharap agar kerajaan baru Tun M kali ini tidak merompak KWSP lagi sepertimana beliau gunakan untuk menjamin skandal timah MAMINCO dan skandal Forex BNM," tegasnya.

- mD