Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Tak Puas Hati Proton Dijual Kepada China, Mahathir Nak Bina Kereta Nasional Baru

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membayangkan bahawa Malaysia akan memiliki jenama kenderaan nasional baharu menggantikan Proton yang sudah dijual separuh sahamnya kepada Geely Autimotive - syarikat automotif dari China.

Geely membeli 49.9% saham Proton dan DRB-Hicom masih memiliki pegangan majoriti syarikat, namun Dr Mahathir sudahpun menganggap Proton kini milik China.

"Saya akan memulakan jenama kereta nasional (Proton) itu dan berpendapat ia mesti dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri. Pada awal pertubuhan Proton, kami ada menerima pelaburan kecil dari Jepun, misalnya dari Mitsubishi Motor Corporation.

"Namun kini, selepas Proton telah dijual kepada syarikat China, ia bukan lagi jenama kereta nasional Malaysia," ujarnya ketika menyampaikan ucaptama persidangan antarabangsa NIKKEI ke-24 di Tokyo, Jepun, pagi tadi.

Tambah beliau, projek kenderaan nasional baharu nanti akan menjalin kerjasama dengan negara Asia Tenggara seperti di Thailand, Jepun atau Korea dan cita-citanya akan menjadikan jenama kali ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Untuk rekod, Dr Mahathir pernah bersetuju untuk menjual separuh pegangan Proton kepada Volkswagen pada 2007, namun syarikat dari Jerman itu menarik diri pada saat akhir setelah menyedari amalan kronisme dan kapitalisme didalam Proton dan menjadikan perjanjian antara kedua-dua syarikat 'kaput'.

BACA: Tun M 'OK' Kalau Proton Jual 50% Saham Kepada Volkswagen, Tapi Geely Tak Boleh!

Proton sejak awal penubuhannya mencatatkan keuntungan didalam kerugian dan sering mendapat bantuan daripada kerajaan samaada dalam bentuk geran atau pinjaman mudah.

BACA: Apa Guna Jadi 'Kebanggaan Negara' Jika Proton Terus Berdarah?

Geely yang terbukti berjaya memulihkan syarikat kenderaan Skandinavia, Volvo, dari ambang bankrap tampil untuk melakukan perkara sama dengan Proton.

Perjanjian menang-menang ini dijangka akan memulihkan ekonomi Proton serta membawa jenama ke peringkat antarabangsa dengan balasan memberi kemudahan fasiliti kilang pemasangan kenderaan di Proton City, Tg Malim untuk pemasangan kenderaan Geely bagi pasaran Asia Tenggara.

Projek pertama Proton-Geely adalah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pertama Proton berdasarkan model kenderaan Geely, Boyue.

Cakap-cakap automotif menyatakan, model ini akan dinamakan 'Bayu' dan bakal dilancarkan hujung tahun ini.

BACA: SUV Pertama Malaysia, Proton Bayu Bakal 'Golek Tayar' Hujung 2018

- mD