Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Piala Thomas: Denmark Ikat Malaysia 1-1

Foto: Utusan OnlineFoto: Utusan OnlineBANGKOK: Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal menyerap semangat Datuk Lee Chong Wei yang memenangi perlawanan pertama apabila tumpas kepada Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding untuk membolehkan Denmark mengikat Malaysia 1-1 dalam aksi terakhir Piala Thomas, Kumpulan D di Impact Arena, di sini sebentar tadi.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik itu tewas 24-22, 15-21, 15-21 kepada pasangan No. 5 dunia, Petersen-Kolding dalam pertarungan yang berlangsung selama 66 minit.

Pemain muda negara, Lee Zii Jia kini akan turun dalam perseorangan kedua menentang Hans-Kristian Solberg Vittinghus, sebelum pasangan muda, Aaron Chiah-Teo Ee Yi berdepan Mathias Boe-Mathias Christiansan dalam beregu kedua, manakala Iskandar Zulkarnain Zainuddin bertemu Jans O Jorgensen.

-UTUSAN ONLINE