Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

4 Geng Curi Motosikal Di Shah Alam Tumpas

SHAH ALAM: Empat geng curi motosikal yang bermaharajalela di sekitar daerah ini sejak tahun lalu tumpas dengan tertangkapnya 39 ahli kumpulan terbabit dalam Op Lejang Fasa 2 sejak Mac hingga April lalu.

Geng yang terlibat ialah Geng Mat Ropie, Geng Tutuk Jeram, Geng Sayuti dan Geng Babang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua ahli geng terbabit ditahan di sekitar daerah ini dan mereka berumur antara 17 hingga 35 tahun.

Menurutnya, susulan penahanan itu, pihak polis turut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 kes melibatkan kecurian motosikal di daerah ini.

“Selain itu, kita juga telah merampas 23 motosikal pelbagai model, lima buah rangka motosikal, alat ganti motosikal yang terlerai dan peralatan mengubasuai nombor pendaftaran enjin.

“Suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencuri motosikal dan penyalahgunaan dadah,” tegasnya.

- UTUSAN ONLINE