Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Ekonomi Malaysia Kukuh Dengan Pertumbuhan 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)  Malaysia bagi suku pertama 2018 sebanyak 5.4 peratus, merupakan satu lagi petunjuk kepada pelabur mengenai kedudukan ekonomi negara yang cergas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penyelidik Pasaran Global dan Strategi Mata Wang FXTM Currency, Jameel Ahmad berkata selagi pertumbuhan ekonomi di Malaysia melepasi lima peratus, tidak perlu wujud kebimbangan mengenai kedudukan ekonominya.

“Walaupun berita utama dijangkakan akan menumpukan kepada kenyataan bahawa pertumbuhannya perlahan berbanding suku yang sama pada tahun lepas, anda tidak boleh memandang rendah pentingnya paras pertumbuhan yang dicatat Malaysia ini yang masih jauh mengatasi negara maju.

“Dari perspektif makro, inilah yang menarik perhatian pelabur, dan kagum terhadap bacaan KDNK ini,” katanya.

-- BERNAMA