Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 9am

SEDIC Perlu Bebas Pengaruh Politik - Penganalisis

Datuk Anbumani Balan.Datuk Anbumani Balan.

PUTRAJAYA -- Kerajaan Pakatan Harapan perlu merombak peranan dan struktur organisasi Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) supaya ia dapat bergerak sebagai sebuah entiti bebas daripada pengaruh politik, kata penganalisis politik Datuk Anbumani Balan.

Beliau berkata unit itu, yang diilham bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memainkan peranan meningkatkan taraf hidup kaum India, mendapat sokong pelbagai pihak namun bantuan itu dikatakan tidak sampai kepada kumpulan sasar berikutan campur tangan parti-parti politik kaum India.

"Kita mahu melihat kepakaran satu pasukan profesional mengendalikan dan memimpin badan tersebut dimana perananya ditambah nilai sebagai satu jabatan yang kekal untuk selama-lamanya demi menjamin harapan masyarakat India di negara.

"Nama unit itu juga perlu dirombak dimana ianya dapat menjadi satu entititi yang inklusif untuk menangani serta menyediakan permasalahan komuniti kaum india di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini berhubung nasib Sedic dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Beliau mencadangkan unit itu diketuai oleh seorang menteri dan melaporkan terus kepada Perdana Menteri serta mencadangkan segala geran dan peruntukan yang diagihkan  kepada   badan bukan kerajaan (NGO) diaudit dan menjadikan laporan itu sebagai dokumen terbuka agar tidak berlaku salah laku.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kewujudan Sedic perlu dikekalkan tetapi ia perlu ada kepimpinan baharu bagi terus mengubah landskap sosio-ekonomi masyarakat India.

-- BERNAMA