Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 9am

Firma Guaman Tarik Diri Daripada Wakili 1MDB Dalam Saman Libatkan Rosmah

FIRMA guaman, Tan Hock Chuan & Co menarik diri daripada mewakili 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap mereka berhubung permohonan perintah Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar: Berita HarianFIRMA guaman, Tan Hock Chuan & Co menarik diri daripada mewakili 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap mereka berhubung permohonan perintah Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR -- Firma guaman yang mewakili 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di dalam saman bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan   Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai  US$27.3 juta yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB, telah menarik diri  daripada  mewakili  1MDB.   

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili 1MDB memberitahu wartawan bahawa firma guaman itu, Tan Hock Chuan & Co telah memohon untuk menarik diri daripada mewakili syarikat itu kerana mereka tidak mendapat arahan daripada 1MDB.

“Mahkamah membenarkan permohonan  kami...pada masa ini 1MDB tidak mempunyai peguam, tetapi kami akan memaklumkan syarikat berkenaan,” katanya kepada wartawan selepas bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad  Zaidi Ibrahim dalam kamar hari ini.

Sementara itu peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin berkata mahkamah telah menangguhkan  pendengaran yang dipohon defendan, Rosmah, Low Taek Jho atau Jho Lo dan 1MDB  untuk  membatalkan  saman Khairuddin,  ke 21 Jun untuk pengurusan kes bagi pihak terlibat mengemas kini status masing-masing,

Pada hari ini mahkamah dijadualkan mendengar permohonan daripada tiga defendan  untuk  membatalkan  saman yang difailkan oleh Khairuddin terhadap mereka.

Defendan-defendah memfailkan permohonan itu pada 7 Sept 2017, dengan alasan Khairudin tidak  mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap mereka. 

Khairuddin memfailkan saman pada 16 Ogos 2017 dan mendakwa antara Jun 2013 hingga Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya telah membeli set barang kemas itu daripada peniaga barang kemas, New York Lorraine dengan nilai US$27.3 juta.  Beliau mendakwa wang yang digunakan diambil daripada 1MDB.

Khairuddin seterusnya mendakwa barang kemas berkenaan, dalam bentuk berlian berwarna merah jambu  bernilai US$23 juta dan rantai leher bernilai US$4.3 juta, diterima Rosmah sebagai hadiah pada Mac 2014.

Oleh demikian, beliau memohon mendapatkan perintah mahkamah agar Rosmah mengembalikan barang kemas berkenaan kepada 1MDB dan Jho Low membayar jumlah wang yang didakwa  diambil daripada 1MDB, di samping ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

-- BERNAMA