Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 9am

ROS Batal Arahan Pembubaran Sementara PPBM

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini membatalkan arahan pembubaran sementara terhadap PPBM yang dibuat mengikut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966 pada 5 April lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah melihat pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan PPBM dan diterima oleh ROS.

“Dengan penyelesaian isu tersebut, permohonan pendaftaran Pakatan Harapan juga telah diberikan kelulusan selaras Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Oleh demikian, PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE