Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 2pm

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Lagi, Pembantu Rumah Tinggal Rumah Semi-D ‘Rembat’ RM40K

Sehari menjelang Ramadan, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil mendedahkan kes kecurian dan rompakan melibatkan seorang pembantu rumahnya yang didakwa warga Malaysia.

Pengasas produk D'Herbs itu, yang pernah berdepan nasib sama sebelum ini membongkar kegiatan yang dilakukan pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Rohana menerusi beberapa sesi Facebook Live (FB Live) di laman Facebook miliknya, semalam.

Berang dengan perbuatan wanita itu, Aliff mendakwa beliau, isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan kakitangan sudah seminggu menjejaki dan ‘memujuk’ wanita itu supaya menyerah diri dan memulangkan semula wang dicurinya, namun Rohana tidak mengendahkan.

Dakwa Aliff, penipuan yang dilakukan oleh wanita itu melibatkan transaksi wang tunai daripada pelanggan bagi pembelian perabot dan pengambilan perabot secara tidak sah milik syarikat Aliff, yang mana jumlah kecurian dianggarkan mencecah lebih RM40,000.

“Bukan niat nak viral, saya dah WhatsApp sejak minggu lepas dengan cara baik tapi tidak dibalas. Kami dan buat laporan polis cuma dia suka pindah-pindah rumah.

“Jadi sebelum dia lari saya bawa dia ke balai (polis) siap-siap... bukan duit yang saya nak balik pun, sebab kalau dah jadi kes polis memang tak akan dapat semula sebab bahan bukti.

“Cuma pengajaran dekat orang lain yang niat nak mencuri dan pengajaran untuk kita supaya jangan percaya orang walaupun luaran bertudung dan nampak baik,” tulis Aliff di entri Facebooknya, pada Rabu.

Berdasarkan rakaman video, Aliff bersama isteri dan kakitangannya menyerbu rumah wanita itu selepas mendapat bantuan daripada pemilik rumah sewa yang didiami Rohana.

Mengejutkan, walaupun hanya bekerja sebagai pembantu rumah Aliff mempersoalkan ‘kemampuan’ wanita itu menyewa rumah jenis Semi-D dua tingkat.

Aliff berkata wanita itu yang mendakwa berusia 50-an pada mulanya diterima bekerja sebagai pembantu rumah kira-kira sebulan lalu, dan selepas dua hari bekerja, dia membuat pinjaman sebanyak RM5,000, atas alasan bagi membayar tunggakkan sewa rumah.

Tidak sampai hati membiarkan wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah, Aliff mendakwa beliau menawarkan tugas baharu kepada Rohana iaitu menjaga telefon bimbit bagi menguruskan pembelian perabot.

“Dalam pada dia pegang telefon bimbit tu bila pelanggan @palacealiffsyukri nak bayar, dia suruh semua pembeli bayar dalam akaun dia. Lepas tu bila saya dah dapat pekerja yang urus untuk perabot, dia tiba-tiba hilangkan diri.

“Cari di rumah bagi alamat tipu, WhatsApp ajak bincang, tak balas sedangkan saya kena maki-hamun dengan pelanggan yang dah bayar barang (tapi) tak dapat.

“Akhirnya, dapat juga saya cari dia. Saya dah buat report seminggu lepas. Segala bukti saya serahkan kepada polis. Saya terpaksa bertindak (sendiri) sebab saya takut dia berpindah memandangkan dia dah banyak kali pindah rumah,” kata Aliff.

 

siapa pernah kena kejadian pembantu mencuri?? Banyak tanya apa sebenarnya berlaku...tapi saya senyapkan.. . Sebulan lepas wanita bernama Rohana berumur hujung 50an ni dtg ke pejabat saya memohon kerja sebagai pembantu rumah. Mula nya saya terkejut betul ke ada org Malaysia nak jadi Pembantu rumah.Tapi dia kata dia nak kerja betul2 sbb nak cari duit lebih tak kesah buat kerja apa pun . . Lepas 2 hari bekerja dia jumpa isteri saya di rumah sambil menangis nak minta pinjam duit 5k utk settlekan sewa rumah katanya dia nak kena halau sbb x bayar sewa sebab dah lama x kerja...dan beliau cakap rumah terez kecik tak sangka rumah sehebat ini..dan isteri saya dan saya tunaikan hajat meminjam duit rm5k walaupun hati berat nak kasi. . . Sebab nampak dia baik dan x sampai hati nak suruh kerja rumah dgn umur dia saya offer dia jaga hp utk pembelian perabot dan saya bg komisen pada dia lagi dalam masa 2 minggu saya dah bg komisen pada lebih dr rm500 pada dia..dah lah rumah sy ada lebih dr 7org pekerja dan byk berehat sy kasi lagi komersen. . . Dalam pada dia pgg hp tu bila customer @palacealiffsyukri nak bayar dia suruh semua pembeli bayar pada acc dia....lepas tu bila saya dah dapat pekerja yg handle utk perabot dia tiba2 hilangkan diri..cari di rumah dia bg alamat tipu....whatsapp ajak bincang x balas...sedangkan saya kena maki hamun dgn pelanggan dah bayar barang x dapat.... . Akhirnya dapat juga saya cari dia....Allah nak tunjuk...bagaimana saya tahu biarlah rahsia.....saya dah buat report seminggu yg lepas..segala bukti dan saya serahkan pada polis saya terpaksa bertindak sbb saya takut dia berpindah memandangkan dia nak byk kali pindha rumah rupanya.. . Tapi saya masih keliru mcm mana dia boleh curi perabot @palacealiffsyukri saya bawa ke rumah dia.....mungkin waktu org perabot hantar barang dia tumpang sekaki lol...Alhamdulillah Allah bantu..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on May 16, 2018 at 8:47am PDT

Rakaman video juga memaparkan Aliff membawa wanita itu ke balai polis. Namun setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada suspek ditahan reman atau sebaliknya.

- mD