Tue07172018

LAST_UPDATETue, 17 Jul 2018 10pm

"Selamat Maju Jaya Hafizh Syahrin" - Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah yang akan membuat penampilan sulungnya dalam perlumbaan kelas perdana MotoGP di Litar Antarabangsa Losail di Qatar, malam ini.

“Selamat maju jaya @Hafizh_pescao55 yang akan bersaing dalam #MotoGP Qatar malam ini. Saya di Australia tapi akan terus bagi sokongan! #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Pada musim kali ini, Hafizh menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 sekali gus melakar sejarah tersendiri sebagai pelumba pertama dari rantau Asia Tenggara yang beraksi dalam kelas MotoGP.

Muka baharu dalam MotoGP itu mencatatkan 1 minit 55.258 saat pada sesi kelayakan malam tadi untuk memulakan perlumbaan dari barisan kelima manakala rakan sepasukannya Johann Zarco dari Perancis meraih kedudukan pertama selepas merekodkan masa sepusingan terpantas 1:53.680s.

Najib kini berada di Sydney, Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 yang bermula semalam.

– BERNAMA