Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 2pm

21 Pelajar Tahfiz Mangsa Dera Seksual

KUANTAN: Seorang guru sebuah maahad tahfiz di sini, membuat laporan polis mendakwa seramai 21 pelajarnya didera secara seksual oleh seorang lelaki yang juga pemberi sumbangan kepada maahad berkenaan.

Menurut sumber, guru berusia 22 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin selepas pelajar yang menjadi mangsa mengadu kepadanya.

"Mengikut laporan polis itu, kejadian membabitkan pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa menghisap kemaluan lelaki berkenaan dan suspek turut meliwat enam pelajar terbabit.

"Semua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara yang dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain," kata sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Polis, Mohamad Noor Yusof Ali ketika dihubungi, mengesahkan laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

- BH Online