Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 2pm

Stephen Hawking Meninggal Dunia

LONDON: Pakar fizik terkenal Britain, Profesor Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata jurucakap keluarganya hari ini.

"Kami amat sedih kerana bapa tersayang meninggal dunia hari ini.

"Beliau adalah saintis hebat dan lelaki luar biasa yang usaha dan legasinya akan terus hidup," kata anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Press Association Britain.

- Agensi/BH Online