Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 4pm

Mayat Pekerja Sabah Flour And Feed Mills Dijumpai

LABUAN - Mayat seorang pekerja Sabah Flour and Feed Mills yang dipercayai lemas, dijumpai di dasar laut berhampiran jeti di Zon Perindustrian Rancha-Rancha, di sini malam tadi.

Satu pasukan mencari dan menyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menjumpai mayat Latif Ibrahim Goh, 37, pada pukul 9.55 malam, kira-kira 10 meter dari jeti, tempat dia dilaporkan jatuh.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu berjalan seorang diri sebelum tergelincir dan jatuh dari jeti pada pukul 7 malam.

“Kami diberitahu mangsa tidak tahu berenang,” katanya kepada Bernama.

Che Adnan berkata, mayat mangsa sudah dinaikkan ke jeti oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan serta dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

- Bernama