Fri06222018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 9am

Hukuman Mati Untuk Penyerang Sekolah Florida

Foto: AgensiFoto: Agensi

MIAMI: Pendakwa raya Florida memohon hukuman mati ke atas Nikolas Cruz, bekas pelajar yang dituduh membunuh 17 orang dalam kes tembakan rambang di sekolah tinggi Parkland bulan lalu, menurut notis yang difailkan di mahkamah semalam.

Peguam Negeri bagi daerah Broward, Michael Satz, memfailkan notis dengan pejabat Hakim Elizabeth Scherer bagi memohon hukuman mati, menjelang sesi pendengaran hari ini.

Notis menyatakan pelbagai alasan menurut undang-undang Florida bagi hukuman mati.

Ia termasuk dakwaan Cruz 'sengaja mencetuskan risiko kematian kepada ramai orang', 'tembakan itu tindakan amat kejam' dan ia dilakukan dengan 'cara kejam dan dirancang terlebih dahulu'.

Crzu didakwa dengan 17 tuduhan pembunuhan dengan niat dan 17 tuduhan cubaan membunuh dalam serangan 14 Februari lalu di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas, yang menyebabkan 14 pelajar dan tiga staf maut.

Gabenor Florida, Rick Scott, menerusi jurucakapnya, John Tupps, berkata beliau menyokong hukuman mati untuk Cruz,

negeri itu meletakkan tanggungjawab ke atas Cruz sepenuhnya.

- Reuters/BH Online