Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

Syabas Pasang 24 Pili Di Kawasan Awam

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berdepan gangguan bekalan air boleh mendapatkan sumber tersebut daripada pili-pili awam yang disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Syabas dalam satu kenyataan akhbar hari ini memaklumkan, terdapat 24 pili dipasang di empat wilayah iaitu Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Gombak.

Di wilayah Petaling, lapan lokasi pili awam tersebut ialah:

1. Jalan TP 2, Taman Perindustrian Subang UEP (depan stor Majlis Perbandaran Subang Jaya).

2. Taman Kinrara 1, Puchong, (belakang stesen minyak Petron Puchong).

3. Jalan TPP 5/3, Taman Perindustrian Puchong.

4. Jalan Indah 2/2, Taman Puchong Indah.

5. Taman Sri Sentosa (depan Sekolah Menengah Petaling).

6. Hadapan Citta Mall.

7. Temasya Glenmarie (depan KDU).

8. Stadium Kelana Jaya.

Di wilayah Klang:

1. Kolam Air Seksyen 16, depan Flat PKNS.

2. Depan Masjid Rahimah Sri Andalas.

3. Jalan masuk Kolam Industri Bukit Rajah.

4. Depan Dewan Sukan Tempur, Seksyen 6.

Di wilayah Kuala Lumpur:

1. Blok 18, 22, 32 dan 34, Flat Seri Melaka.

2. Bayu Kondo, Pandan Jaya.

3. Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya.

4. Jalan Cheras Indah 22, Taman Cheras Indah.

5. Jalan 1/191A, Taman Shamelin Perkasa.

Di wilayah Gombak:

1. AU3 Keramat.

2. Kawasan Industri Lembah Jaya (depan Restoran Fatimah Ghous).

3. Dekat SRJK (T) Jalan Melawati 5, Taman Melawati.

Dalam kenyataan itu, Syabas turut memohon maaf kepada pengguna atas segala kesulitan dan menghargai kerjasama daripada orang ramai.

- Utusan Online