Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Jamal 'Bank In' RM7 Billion Ke Dalam Tabung Derma PPBM

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos memberi sumbangan RM7 billion (USD 1,800 Million) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi membiayai parti itu sekaligus membantu gerak kerja mereka menghadapI Pilihan Raya ke-14 ( PRU14) nanti.

Malah katanya, dana itu diharapkan cukup untuk mengerakkan PPBM lantas meminta menghentikan kutipan derma daripada orang ramai.

“Cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri.

“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu.

“Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan transaksi dana berkenaan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Tun Mahathir memberi wang sejumlah RM1 billion kepada parti kompenan Pakatan Harapan diketuai DAP untuk mendapatkan jawatannya sekarang.

“RM 700 juta juga turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang.

“ Saya akan serahkan semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi,” ujarnya.

- UTUSAN ONLINE