Thu06212018

LAST_UPDATEThu, 21 Jun 2018 7pm

Terima Hakikat Kejayaan Malaysia Hasil Dasar Kerajaan BN

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan diketuai DAP perlu menerima hakikat bahawa Malaysia telah mencipta pelbagai kejayaan hasil keberkesanan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, isu kejayaan ekonomi Malaysia sering dipolitikkan dan rakyat diberitahu sebaliknya daripada apa yang sebenarnya berlaku.

“Pembangkang terus mengulangi pembohongan mengenai Malaysia yang muflis tetapi laporan antarabangsa membuktikan perkara ini tidak benar.

“Sudah tiba masanya pembangkang menerima hakikat bahawa Malaysia telah berjaya dan dasar-dasar kerajaan berkesan,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

- Utusan Online