Sat06232018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 11pm

PLUS Roboh Struktur Plaza Tol Batu Tiga

SHAH ALAM: Selepas kejadian kemalangan yang meragut dua nyawa awal pagi semalam, syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dilapor telah pun menjalankan kerja-kerja merobohkan struktur Plaza Tol Batu Tiga, hari ini.

Difahamkan, kerja-kerja perobohan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat oleh pihak kontraktor syarikat itu sejak awal bulan ini dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada Mac ini.

Struktur Plaza Tol Batu Tiga yang telah dibatalkan operasi kutipan bermula 1 Januari lalu mula diperkatakan orang ramai apabila ia telah meragut empat nyawa pengguna jalan raya dalam tempoh dia bulan tahun ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.55 pagi semalam, seorang wanita berusia 27 tahun, Noor Hdayah Mohamed Rezmi dan rakannya, Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki mereka merempuh tembok pembahagi lorong di Plaza Tol Batu Tiga.

Kejadian kemalangan itu merupakan kali kedua berlaku di kawasan plaza tol berkenaan selepas kejadian pertama berlaku pada 15 Januari lalu yang mengorbankan seorang wanita Norsya'Baniah Norisham, 20, serta rakannya Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21.

Malah kejadian itu turut menyebabkan pemandu, Muhammad Azri Dahalan Jamit, 23, yang merupakan abang kepada Muhammad Azki cedera.

- UTUSAN ONLINE