Sun06242018

LAST_UPDATESun, 24 Jun 2018 3pm

Mangsa Insiden Tembakan Berang Dengan Trump

Foto: ReutersFoto: Reuters

FLORIDA: Para pelajar yang terselamat dalam insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi di sini melahirkan rasa kecewa dan marah berhubung Tweet yanh dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai kejadian tersebut.

Menerusi Twitternya, Trump menulis ‘sangat sedih apabila FBI terlepas pandang banyak amaran mengenai rancangan serangan di sekolah di Florida’

‘Ini kerana FBI terlalu sibuk untuk membuktikan kerjasama Rusia dengan pasukan kempen Trump dan tiada sebarang kerjasama dilakukan,’ tulis Trump.

Kenyataan itu dibuat selepas FBI mengaku tidak mengendahkan maklumat serta amaran yang diterima mengenai rancangan serangan oleh suspek.

- Reuters